Sabtu, 22 Januari 2011

BELANTARA KEHIDUPAN



Tidakkah kita merasakan keimanan kita terancam? Tidak kita kita merasakan diri kita berada di dalam belantara ngeri yang penuh dengan binatang buas dan ganas yang mengancam hubungan hati kita dengan Allah SWT? Tidakkah kita melihat setiap hari ada teman-teman dan saudara kita yang menjadi mangsa keganasan itu?

Inilah hakikat kehidupan kita. Kekufuran tidak pernah memberi laluan mudah untuk keimanan terbina dan menguasai jiwa umat. Inilah suasana peperangan dan ancaman yang berlarutan sejak Nabi Adam AS dijadikan.

Adakah kita merasakan Rasulullah SAW melalui jalan mudah untuk membina ummat contoh (generasi al qur'an yang unik; jiilun qur'anun farid) itu. Adakah kita terlupa suatu tengahhari ketika mana manusia sedang berehat kepanasan, Baginda keluar merayau-rayau dipadang pasir, apabila ada sahabat yang terserempaknya lalu bertanya, kenapa baginda di sini? lalu jawab baginda "Aku kelaparan, sudah beberapa hari aku tidak menjamah makanan". Bukankah Rasulullah SAW itu seorang peniaga yang berjaya, bukankah Saidatina Khadijah isterinya itu seorang janda kaya? Kemanakah perginya seluruh harta mereka?


Adakah kita terlupa saat seusainya peperangan Uhud, Abu Ubaidah RA mencabut satu persatu mata rantai baju besi baginda yang patah dan menembusi pipinya dan terbenam digusi baginda yang mulia itu hingga tercabut beberapa batang gigi baginda?

Inilah harga yang telah baginda bayar untuk menyelamatkan kita dari azab neraka jahannam. Inilah harga untuk keimanan terus bertapak dihati-hati kita dann untuk dakwah terus tersebar ke seluruh pelusuk dunia.

Adakah kita merasakan peperangan ini tamat apabila Rasulullah SAW menghembuskan nafasnya yang terakhir?


Tentunya tidak. Yahudi & Nasrani tidak akan pernah kenal henti hinggalah kita mengikut jejak langkah kekufuran mereka selangkah demi selangkah walau hingga kelubang biawak (Mafhum dari hadith) bahkan mereka tidak akan pernah redha hinggalah kita benar-benar menjadi pengikut milah (agama) mereka (mafhum dari al Quran). Pertembungan dan peperangan ini tidak pernah akan berhenti hinggalah ke hari qiamat.

Sekiranya kita tidak merasakan kehangatan peperangan ini maka ada beberapa kemungkinan.

1. Mungkin kita tidak benar-benar memahami hakikat Iman,
2. Kalau kita memahaminya mungkin kita tidak merasai besarnya nikmat iman ini untuk kita pertahankan
3. Kalaupun kita merasakan besarnya nikmat iman ini tetapi mungkin kita tidak merasai tuntutan keimanan agar ianya dipertahankan dan disebarkan kepada seluruh manusia.



 

Tiada ulasan: