Sabtu, 8 Oktober 2011

antara punca umat islam pada masa kini mengabaikan Al-quran

bismillahhirahmannirahim....

Assalamualaykum dan salam sejahtera. bersyukur kehadrat Allah.S.W.T dengan kemurahan dan kasih sayangNya dapatlah saya di beri ilham menulis catatan ini. ya Rahman ya Rahim....




Al-quran merupakan kitab yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada nabi Muhammad s.a.w untuk di jadikan panduan dan petunjuk kepada semua umat manusia. Jangan kosong hari-hari kita dengan tilawah al-Quran. Sepatutnya tidak timbul lagi kisah para amilin tidak membaca al-Quran. Ini adalah asas ruh dan nyawa kita. Setiap umat dari berbagai masa telah di turunkan kitab suci atau suhuf sebagai petunjuk hidup. Sesiapa umat islam yang memegang Al quran sebagai pedoman hidup dan menjadikannya imam maka AL-quran itu akan menuntunnya ke syurga, sedangkan orang-orang yang membelakangi Al-Quran maka Al-Quran itu akan menendangnya ke neraka. Di dalam Al-quran Allah s.w.t  juga membuktikan  kebesaranNya dan kebenaran –kebenaran yang nyata agar manusia tunduk dan patuh kepada perintah yang ditetap oleh Allah s.w.t. Tanpa panduan hidup, maka rosak lah sesuatu kaum  itu . Allah s.w.t berfiman dalam surah yassin ayat 2 yang bermaksud :
“Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh”  (surah yassin ayat 2)
Allah s.w.t telah  menjelaskan  di dalam Alquran tentang beberapa bukti kebesaran dan keesaan  Allah s.w.t. firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa Al-Qur`an itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?" (Fushshilat: 53)
Tetapi pada masa kini umat akhir zaman telah jauh terpesong dari ajaran agama dan terbelenggu oleh dosa-dosa kemaksiatan yang berleluasa hingga merosakan akidah umat islam. Tanpa panduan hidup kucar kacir lah kehidupan seseorang manusia itu. Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani, (5) Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai. (6)Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman.” (7) surah yassin ayat 5 -7.
Ada beberapa punca yang menjadi penyebab  utama kelalaian umat islam kini terhadap Al quran. Arus kemodenan dan kecanggihan dunia telah menutup mata dan pemikiran umat-umat islam pada hari ini. Mereka lalai mencari rezeki, kemasyuran,harta dan keseronokan  sehingga mereka lupa siapa yang telah mengurniakan mereka nikmat-nikmat  itu.
"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".   - Hadis riwayat Abu Daud
Manusia pada hari ini mempunyai sikap  berlumba-lumba dan bersaing dalam mengejar kemewahan duniawi. Kebanyakan mereka betungkus lumus siang dan malam berusaha mencari nafkah sedangkan mereka lupa akan keberkatan dari rezeki yang mereka perolehi itu dan apa pegangan mereka. Anak-anak tidak didedahkan dengan  al-quran pada peringkat awal kerana ibu bapa tidak ambil berat tentang al-quran, maka memberi kesan kepada anak-anak mereka sehinggakan mereka hanya memandang al-quran sama seperti buku sahaja. Kesibukan bekerja dan menguruskan hal-hal duniawi menjadi alasan untuk mereka tidak dapat meluangkan masa membaca dan mendalami Al quran kerana bagi mereka harta adalah segalanya. Apabila mereka menjadi sibuk mereka pula tidak dapat mendidik anak-anak supaya membaca Al-quran dan Cuma menghantar anak kesekolah tanpa memberi didikan agama yang sempurna sedangkan diri mereka sendri berada dalam keadaan yang jahil malah ada yang langsung tidak tahu membaca Al-quran. Sikap ibu bapa akan memberi pengaruh besar kepada anak-anak mereka.
“Sabda Rasulullah S.A.W kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya.
( Riwayat Muslim )
Dosa juga akan mengunci mati hati dan menjadi punca mereka lebih jauh dari pegangan agama dan meneruskan sikap mereka yang sering lalai dan tidak akan memperolehi hidayah Allah kecuali jika Allah berkehendak. Kemudian mereka beranak pinak dan melahirkan generasi yang tidak celik al quran dan jahil dalam agama. Apabila terlahirnya generasi yang buta huruf dan tidak celik alquran bermakna mereka langsung tidak tahu apa itu alquran dan apa panduan hidup mereka. telah rosak akidah mereka hingga mereka melahirkan generasi yang jahil dalam agama .  Bersesuaian dengan firman Allah s.w.t dalam surah yassin ayat 9 yang bermaksud :
“ Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar”.(9)
Di Negara kita juga kurang iklan tentang menyatakan kepentingan dan keistimewaan al-quran di tempat-tempat awam mahupun media masa. Kebanyak bahan bacaan Cuma menjerumus kepada hiburan dan kurangnya majalah-majalah berunsur islam. Budaya membaca dan mendalami al-quran bukanlah menjadi keutamaan di Negara kita. Kita dapat melihat perbezaan antara Negara kita dengan Negara-negara terbesar islam. Mereka sangat berpegang teguh kepada ajaran al-quran. Contohnya seperti Negara arab Saudi di mekah,dan seumpamanya yang mereka sangat mengikuti panduan agama dan berpegang teguh dalam mentadbir Negara mereka supaya tidak lari dari landasan agama .Undang-undang Negara juga sangat diambil berat berlandaskan hukum yang telah ditetapkan didalam al-quran. Pentadbiran Negara juga adalah peranan yang sangat penting dan pengaruh besar kepada sekalian masyrakat. Jika kita lihat di Negara kita pentadbiran Negara kita sendiri Nampak kelihatan goyah dan kebanyakannya tidak berlandaskan hukum agama yang telah ditetapkan didalam Al-quran .Apabila belaku fanomena ini maka masyarakat islam dinegara kita tidak ada kesedaran tentang kepentingan dan hukum-hukum yang telah Allah tetapkan. Ini salah satu sebab umat islam tidak nampak kelebihan al-quran menjadikan umat islam tidak menyedari akan keistimewaan al-quran. Al-quran juga sebenarnya tidak di perkenalkan di tempat2 awam menerusi papan tanda, flayes dan sebagainya. Masyarakat kita hanya menggunakan masjid atau surau sahaja untuk mempromosikan al-quran sedangkan entah berapa ramai yang kerap mengunjungi masjid . sesuai dengan sabda nabi Muhammad s.a.w :
“ sampaikan apa pun yang datang dari kata-kata ku walaupun hanya satu ayat.”
Begitu juga budaya hiburan yang dibawa dari orang-orang kafir meracuni  dan merosakan akidah umat islam. Jika kita perhatikan pada masa kini manusia terlalu banyak disogokkan dengan hiburan yang boleh melalaikan. Keadaan ini memberi pengaruh yang besar kepada sebilangan umat islam dari pelbagai lapisan peringkat umur.  Ada banyak sekali jenis-jenis hiburan yang berleluasa dan sangat memberi pengaruh yang besar antara kenapa umat islam pada masa ini mengabaikan Al-quran malah ada yang langsung tidak tahu membaca Al-Quran. Rancangan televisyen semakin rancak menghidangkan hiburan yang melalaikan sehingga mereka asyik dengan keseronokan itu.  keadaan ini termasuklah nyanyian dan muzik yang melalaikan menerusi senikata lagu yang mengasyikkan pendengarnya. Maka mereka lebih menjerumus kepada kesesatan dengan pengaruh lagu itu sendiri menjadikan perbuatan , tingkah laku  dan pegangan mereka terpesong dari ajaran tuntutan agama. 
Hal ini bukanlah nilai-nilai moral yang Allah tetapkan bagi kehidupan manusia bersama dengan apa yang telah Dia ciptakan. Al-Qur'an menyuruh manusia menjadi bermartabat, rendah hati, dapat dipercaya, baik budi, beriman, dewasa, dan mahu mendengarkan  Al-Qur'an bahkan menggambarkan jalan yang seharusnya kita tempuh. Firman Allah dalam surah An-naazi ayat 40-41 yang bermaksud :
"Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya)." (an-Naazi'aat: 40-41)
Rancangan realiti televisyen seperti pertandingan menyanyi dan lakonan semakin di beri perhatian dan sangat mempengaruhi masyarakat islam pada harini. seni kata lagu yang melalaikan,skrip-skrip lakonan berjela-jela dihafal dengan penuh perasaan tetapi ayat quran walau sepatah langsung mereka abaikan.  Jika kita lihat di negara kita bidang  seni lakonan dan nyanyian di monopoli oleh umat islam kita sendiri.
Antara bentuk hiburan lain ialah aktiviti sukan pada era kini menjadi satu budaya yang sangat gah dan di masyurkan . Aktiviti sukan  di beri perhatian yang sangat meluas di negara kita sedangkan negara merupakan antara negara islam. Tetapi aktiviti sukan ini sebenarnya telah melencongkan akidah umat islam pada hari ini. Arena sukan pada umumnya di monopoli oleh peringkat umur yang muda remaja. Didalam arena aktiviti sosial,pemakaian,pergaulan kebanyakannya lari dari landasan agama. mereka sibuk dengan keseronokan dan kesibukan berlatih dan menyertai pelbagai bentuk pertandingan di merata tempat  memperjuangkan apa yang mereka sertai. Mereka  asyik bermain sehingga tiada masa membaca al-quran .  Kesibukan mengerjakan hal-hal duniawi menjadi alasan mereka untuk tidak meluangkan masa membaca Al-quran dan mendalaminya sedangkan mereka punya masa yang lebih menjerumus kepada keseronokan .Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-asr ayat 1-3 yang bermaksud :
"Demi Masa!  Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. " (1-3 Al-Asr )
Laman web sosial seperti face book, my space,laman blogger dan seumpamanya  telah menarik perhatian manusia dan lebih banyak disalahgunakan  pada masa kini. Mereka akan menghabiskan masa berjam-jam lama di hadapan computer semata-mata untuk memuaskan hati mereka dan keseronokkan. Pusat-pusat hiburan kelab-kelab malam,pesta keramaian seperti jom heboh dan permainan yang canggih elektronik telah direka khusus untuk menarik perhatian manusia .Mereka menjadi leka dan terus hanyut menghabiskan masa dengan sia-sia .Mereka senang melakukan kemungkaran dan maksiat hingga hati mereka mereka menjadi hitam dan terus terhijab dari hidayah dan rahmat Allah. Hati berkesempatan untuk mengeras sampai ia akan seperti batu atau lebih keras dari batu. Allah SWT berfirman  dalam surah al baqarah ayat 74 yang bermaksud :
“Kemudian setelah itu, hatimu menjadi keras seperti batu atau lebih keras lagi.” (al-Baqarah:74).
 Dosa yang bertumpuk-tumpuk akan membutakan (hati)! Dosa merupakan kotoran bagi hati, yang akan menutupinya hingga mengeras dan berkarat Allah SWT berfirman dalam surah Al-Muthafifin ayat 14 yang bermaksud :
 “Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka.” (al-Muthafifin: 14).



 (1,237 patah perkataan )


Tiada ulasan: