NUKILAN HAMBA ALLAH

Jumaat, 15 Oktober 2010


click to create your own
Dicatat oleh Penjara kasih ilahi. di 6:26 PG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

E-ilmiah

  • Camar Putih
    GEMPAR!! MAT SABU CALON TAJAAN UTUSAN-UMNO PULAK?? - baru-baru ini Ust Nik Amar yang juga calon timbalan presiden PAS, di katakan mendapat tempat di dalam utusan asbab salah seorang wartawan mereka menulis...
    11 tahun yang lalu
  • Dari Anjung Al-Atrak ( Dari Anjung al-Syahid Imad Iffat)
    Debat .. Islamikkah Ia ? - Sudah lama saya tidak menulis di dalam laman ini. Ya, bukan sudah tapi sangat lama. Menulis perlukan tumpuan.Jika ingin menulis tentang resepi masakan pun...
    13 tahun yang lalu
  • Carilah Hikmah Di atas Bumi Tuhan
    Bangkitlah Pemuda, Usah Futur - Penyakit yang seringkali dihadapi oleh para pemuda hari ini ialah futur iaitu kecundang di tengah perjuangan. Penyakit futur merupakan halangan terbesar ba...
    13 tahun yang lalu
  • Musafir Kehidupan
    -

Halaman

  • Laman utama
  • AL QURAN
  • MUHASABAH DIRI
  • KOLEKSI NOTA CINTA
  • KISAH PARA ANBIYA
  • Wow! 10 spesis ular langka yang menakjubkan

KEHIDUPAN INI SEMENTARA CUMA.


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Facebook Badge

Nur Khaulah Al-hamra | Create your badge

NUKILAN HAMBA ALLAH

  • antara punca umat islam pada masa kini mengabaikan Al-quran
    bismillahhirahmannirahim.... Assalamualaykum dan salam sejahtera. bersyukur kehadrat Allah.S.W.T dengan kemurahan dan kasih sayangNya dapa...
  • Nabi Adam Diturunkan Ke Bumi
    Sesuai dengan ancaman yang diucapkan ketika diusir oleh Allah dari Syurga akibat keengganannya dan terdorong pula oleh rasa iri hati dan h...
  • Keburukan Onani
    Perbuatan onani perlu dipandang serius oleh semua golongan. Kerana ia melibatkan nafsu syahwat dan membahayakan kesihatan diri sendi...
  • disebalik kisah surah An-Nahl ayat 92 berkaitan jodoh.
    Ada seorang hamba Allah ini. Dia keliru dengan cintanya. Dia amat sedih sekali. Insan yang dicintai sekian lama tidak juga kunjung t...
  • Mengetahui Akhlak-Akhlak Iblis Dan Syaitan
    Setiap orang bercita-cita untuk mendapatkan yang terbaik dan yang paling membahagiakan, mendapatkan keselamatan dunia dan akhirat. Ak...
  • Sifat Pemurah Mendatangkan Keberkatan Hidup dan Kasih Sayang Allah S.W.T.
    Sahabat yang dirahmati Allah, Sabda Nabi S.A.W maksudnya : "Seorang mukmin adalah orang yang mulia lagi pemurah dan orang fasik adalah ...
  • ~!!Kisah Pelacur dan Seekor Anjing !!~
    Pada zaman kenabian Isa alayhissalaam, banyak terjadi kerusakan karena ulah kaisar Romawi yang zalim. Kelaparan dan kemisikinan meharajalel...
  • Kehidupan Yang Sadis Di Dalam Gejolak Api Neraka
    Apabila orang-orang kafir sampai di neraka, pintu-pintu dikunci di belakang mereka. Di sini, mereka melihat pemandangan yang paling me...
  • Wasiat Sultan Muhammad Al-Fateh Kepada Anaknya.
    Seketika, saya terharu membaca beberapa helaian yang mencatat isi sebahagian wasiat dan nasihat Sultan Muhammad Al-Fateh kepada anaknya...
  • Artis Bertudung Sesatkan Masyarakat dalam Diam
    Artis Bertudung Sesatkan Masyarakat dalam Diam Peminat bersorak girang melihat aksi awek bertudung di atas pentas. Bersorak bukan ...

JUMLAH PELAWAT


widgets

CUACA


widgeo.net

99 NAMA-NAMA ALLAH


click to create your own

click to create your own

Arkib Blog

  • ▼  2010 (5)
    • ►  September (3)
      • ►  Sep 11 (1)
      • ►  Sep 13 (2)
    • ▼  Oktober (2)
      • ▼  Okt 15 (2)
        • KELEBIHAN BERUSAHA MENCARI SARA HIDUP
        • click to create your own
  • ►  2011 (32)
    • ►  Januari (25)
      • ►  Jan 21 (2)
      • ►  Jan 22 (12)
      • ►  Jan 23 (4)
      • ►  Jan 26 (5)
      • ►  Jan 27 (2)
    • ►  Februari (1)
      • ►  Feb 28 (1)
    • ►  Oktober (1)
      • ►  Okt 08 (1)
    • ►  November (5)
      • ►  Nov 01 (1)
      • ►  Nov 03 (2)
      • ►  Nov 13 (1)
      • ►  Nov 26 (1)
  • ►  2012 (17)
    • ►  Oktober (17)
      • ►  Okt 20 (16)
      • ►  Okt 21 (1)

Jumlah Paparan Halaman

Pengikut



CARA MEMPERKUKUHKAN TALI PERSAUDARAAN

Agama Islam telah meletakkan dasar-dasar praktis dan cari yang positif dalam usaha memperkukuhkan ikatan cinta kasih dan dalam memperdalamkan roh ukhwah. Jika peraturan- peraturan ini dipegang teguh oleh umat Islam maka persaudaraan (ukhwah) akan semakin kukuh. Beberapa panduan untuk tercapainya kekukuhan roh ukhwah cara persaudaraan :



MEMBERITAHU KEPADA SAUDARA YANG DICINTAINYA - Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaknya ia memberitahu kepadanya." HR Abu Daud dan Tirmizi.


BERDOA UNTUK MEREKA - Menurut riwayat Muslim bahawa Rasullah bersabda:

"Tidak seorang hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari kejauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata; dan bagimu juga seperti itu."
MEMBERI SENYUMAN KETIKA BERTEMU - Seperti yang disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan dari Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah bersabda ertinya:
"Janganlah engkau remehkan kebaikan apa saja (yang datang dari saudaramu). Dan jika engkau berjumpa saudaramu maka berikan dia senyuman kegembiraan." (HR Muslim)


BERJABAT TANGAN BILA BERTEMU -
Rasulullah SAW menganjurkan umatnya bila bertemu dengan saudara-saudara agar cepat-cepatlah berjabat tangan sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Abu Daud dari Barra: "Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah."


MENGUNJUNGI SAUDARA - Dalam kitabnya Al Muwathtaa Iman Malik meriwayatkan: Bersabda Nabi Muhammad SAW bahawa Allah berfirman :
"Pasti akan mendapat cintaku orang-orang yang mencintai kerana Aku, dimana keduanya saling berkunjung kerana Aku dan saling memberi kerana Aku."


MENYAMPAIKAN UCAPAN SELAMAT - Diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya:
"Barangsiapa mengucapkan selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat kebahagiaan nescaya Allah menggembirakan pada hari kiamat. " (HR Tabrani).
Rasulullah SAW pernah mengajar hal tersebut seperti dicontohkan dalam hal-hal sebagai berikut:


1. Berkenaan dengan kelahiran anak: "Semoga anda diberkati atas pemberianNya itu dan bersyukur dengan Yang Memberi Rezeki mulai dari kelahiran dilimpahi dengan kebaikan hingga hari tuanya." (HR Husein bin Ali RA)



2. Apabila kembali dari menunaikan haji: "Semoga Allah menerima hajimu, mengampuni dosamu, dan menggantikan nafkahmu." (HR Ibnu Sunni dari Ibnu Umar RA)



3. Bila salah seorang saudara menikah : "Mudah-mudahan Allah mengekalkan keberkatan atasmu dan mengumpulkanmu berdua di dalam kebaikan." (HR Abu Daud dan Tirmizi dari Abu Hurairah)



4. Ucapan Selamat Aidil Fitri : Semoga Allah menerima amal kita, membalas kebaikan saudara dengan ucapan selamat: "Semoga Allah memberkatimu, keluargamu, hartamu, dan mudah-mudahan Allah membalas kebaikan kepadamu." (HR Nasa' dari Ibnu Majah)



MEMBERI HADIAH - Imam Dailami meriwayatkan dari Anas dengan marfu' bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana

hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati
." Dalam hadisnya marfu, Imam Thabrani meriwayatkan dari Aisyah RA bahawa Rasulullah bersabda ertinya: "Biasakanlah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan saling mencintai."


MEMPERHATIKAN KEPERLUAN SAUDARA - Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. Bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: " Siapa yang meringankan beban penderitaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan beban penderitaannya di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan orang dalam keadaan susah pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutupi aib seseorang muslim pasti Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat. Dan Allah akan

selalu menolong hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya." (HR Muslim)



MENEGAKKAN HAK-HAK PERSAUDARAAN

- Untuk memperkukuhkan ukhwah maka adalah wajib bagi kita untuk menunaikan hak- hak yang dimiliki saudara lain, seperti menziarah saudaranya yang sakit, mendoakannya ketika bersin, dan menolong bagi yang teraniaya (dizalimi).Oleh kerana itu adalah tidak perlu ragu lagi bagi kita bila seorang muslim memberitahu saudaranya bahawa ia mencintainya, membiasakan mendoakan saudaranya dari jauh, bersikap senang apabila berjumpa dengan saudaranya, membiasakan berjabat tangan bila berjumpa, mengucapkan salam, memberi hadiah, saling menziarahi. Maksud dari semua itu adalah tidak lain untuk menunjukkan rasa cinta kasih sekali gus untuk mempereratkan ukhwah bila dalam melaksanakannya adalah betul-betul ikhlas kerana Allah SWT

PERNIKAHAN

PERNIKAHAN

ANGGAP DIRIMU DARI GOLONGAN ORANG YANG MATI

Abu Darda r.a berkata : Ada seorang berkata kepadanya :

Ajarkan kepadaku beberapa kalimat yang berguna kepadaku
.
Abu Darda berkata : saya berwasiat kepadamu beberapa kalimat.sesiapa yang mengamalkannya maka dia akan mendapat darjat yang tinggi sebagai pahalanya : jangan makan kecuali yang halal,dan mintalah kepada Allah rezeki setiap hari pada harinya,dan anggaplah dirimu dari golongan orang yang mati, Dan serahkan dirimu kepada Allah. Maka siapa yang memaki atau ganggu kepadamu Maka katakan :

kehormatanku telah aku serahkan kepada Allah . Dan jika engkau berbuat kesalahan atau dosa maka segeralah minta ampun kepada Allah s.w.t (kitab Tanbihul ghafillin)



ANDA PELAWAT KE

FADHILAT BERSEDEKAH

Pengertian Sedekah:
Terdapat dua jenis sedekah iaitu sedekah wajib dan sedekah sunat. Sedekah wajib ialah zakat yang perlu ditunaikan bila cukup syarat-syaratnya. Sedekah sunat ialah tidak terikat kepada apa-apa syarat, terpulang kepada keikhlasan orang yang hendak bersedekah.Apa pun bersedekah mempunyai kelebihan atau fadilat yang tertentu:

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Jagalah dirimu daripada api neraka meskipun hanya dengan sedekah separuh biji kurma. Jika tidak dapat (bersedekah benda) dengan kalimah tayyibah (perkataan yang baik)".

Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Anas berkata Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Bersedekahlah kamu kerana sedekah itu sebagai penebusmu (pembebasanmu) daripada api neraka".

Diriwayatkan oleh Baihagi, Abu Hurairah berkata, "Sesiapa yang memberi makan kepada orang mukmin (makanan keinginannya) Allah mengharamkannya daripada api neraka".

Diriwayatkan oleh Al-Haqadai, Abu Hurairah berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Sedekah itu dapat mengelakkan suul khatimah (mati dalam keadaan yang tidak baik)"



Diriwayatkan oleh At-Thabrani, Uqbah bin Amir berkata Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, " Sedekah itu dapat mengelakkan pemberinya daripada kepanasan kubur dan pada hari kiamat seseorang itu hanya berlindung di bawah naungan sedekahnya".

Diriwayatkan oleh Abu Daud At-Tirmizi, Abu Said al-Khudri berkata, " Setiap orang mukmin yang memberi makan kepada orang yang lapar maka Allah memberinya buah-buahan syurga pada hari kiamat. Setiap mukmin yang memberi minuman pada orang yang haus maka Allah akan memberinya minum daripada ar-Rahigil Makhtum pada hari kiamat dan setiap mukmin yang memberi pakaian kepada mukmin yang bertelanjang, Allah akan memberinya pakaian perhiasan syurga pada hari kiamat."

Bagaimanapun bersedekahlah kerana Allah bukan kerana sebab untuk berasa riak atau menunjuk-nunjuk. Sebaik-baiknya apa yang disedekahkan oleh tangan kanan tidak akan diketahui oleh tangan kiri, begitu juga sebaliknya


siti mariam maimunah bt abdul rahman bin abdul hamid. Tema Tera Air. Imej tema oleh konradlew. Dikuasakan oleh Blogger.