Jumaat, 21 Januari 2011

TEMAN DAN ULAR BERBISA

Bukanlah sesuatu yang hina apabila banyaknya keburukan pada diri kita. Bahkan semua keburukan itu tumbuh melalui persekitaran hidup dimana kita lahir dan membesar. Tidak ada manusia yang maksum selain Rasulullah SAW. Namun yang menjadikan kita hina apabila kita merasa selesa serta tidak cuba merawat atau menanggalkan segala keburukan hingga keburukan itu mencorakkan syakhsiyah dan identiti kita.

Keburukan diri sendiri disifatkan oleh imam Al Ghazali sebagai 'ular dalam selimut' ia hanya menanti hari untuk membinasakan jiwa kita hingga akhirnya kita tersungkur hina di depan Allah SWT. Bisanya ular ini bukan kerana racunnya yang merosakkan fizikal kita tetapi ianya mampu mematikan jiwa kita hingga tiada lagi kemuliaan dan kecintaan pada kebenaran dan keimanan. Apalagi yang boleh kita banggakan didepan Allah SWT ketika hari pengadilan nanti jika seluruh amal dan pengorbanan kita tidak diterima kerana rosaknya keihklasan kita.

Saya teringatkan satu hadith yang benar-benar menimbulkan rasa takut dan cemas ketika saya kali pertama membacanya.


Dari Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda:

Pada hari kiamat nanti di antara orang yang paling pertama dibuat keputusan terhadapnya; Di antara mereka ialah seorang yang telah syahid. Orang ini akan dibawa di hadapan Allah SWT. Allah SWT akan menyatakan nikmat-nikmatNya yang telah dikurniakan terhadapnya dan dia mengakuinya. Kemudian Allah SWT akan berfirman: Apa yang telah engkau lakukan terhadap nikmat-nikmat ini?

Dia akan menjawab: Aku telah berperang untuk mendapatkan redhaMu sehingga aku telah syahid. Allah SWT akan berfirman: Engkau berbohong. Engkau telah berjihad supaya orang menggelar kamu sebagai seorang yang berani dan yang demikian itu telah pun diperkatakan. Kemudian dia akan diperintahkan untuk diseret di atas mukanya dan akan dilemparkan ke dalam nereka Jahanam.

Orang kedua ialah dia yang telah mempelajari ilmu agama dan mengajarkannya kepada orang lain dan dia membaca Al-Quran. Dia dibawa di hadapan Allah SWT . Orang ini akan dibawa di hadapan Allah SWT. Allah SWT akan menyatakan nikmat-nikmatNya yang telah dikurniakan terhadapnya dan dia mengakuinya. Kemudian Allah SWT akan berfirman: Apa yang telah engkau lakukan terhadap nikmat-nikmat ini?

Dia akan berkata: Aku telah mempelajari ilmu dan mengajarnya kepada orang lain dan untuk mendapat redhaMulah aku telah membaca Al-Quran. Allah SWT akan berfirman: Kamu bohong. Kamu pelajari ilmu supaya orang menggelarmu ‘alim’ dan membaca Quran supaya orang memanggilmu Qari. Kemudian dia akan diperintahkan untuk diseret di atas mukanya dan akan dilemparkan ke dalam neraka Jahanam.

Orang ketiga ialah orang kaya yang didunia dulu telah diberi kemewahan dan segala bentuk harta benda. Dia akan dibawa di hadapan Allah SWT . Orang ini akan dibawa di hadapan Allah SWT. Allah SWT akan menyatakan nikmat-nikmatNya yang telah dikurniakan terhadapnya dan dia mengakuinya. Kemudian Allah SWT akan berfirman: Apa yang telah engkau lakukan terhadap nikmat-nikmat ini? 

Dia akan menjawab: Apa saja saluran yang Engkau suka supaya dilakukan perbelanjaan padanya, semuanya telah aku belanjakan padanya harta-hartaku yang telah Engkau anugerahkan itu keranaMu. Allah SWT berfirman: Engkau bohong. Kamu telah berbelanja supaya digelar sebagai dermawan dan yang itu telah pun diperkatakan. Kemudian dia akan diperintahkan untuk diseret di atas mukanya dan akan dilemparkan ke dalam neraka Jahanam. (Hadith Riwayat Muslim)
Siapalah kita untuk dibandingkan dengan orang yang mati syahid? Tetapi kerana rosakknya amalan hati maka orang yang mati syahidpun akan dihumbankan ke neraka Allah SWT apatah lagi kita terlalu sedikit amalannya dan belum tentu keikhlasannya.

Seorang yang yakin akan hari perhitungan ini tentunya begitu gembira apabila ada saudaranya atau temannya datang lalu memberitahu keburukan yang ada pada dirinya. Disaat itu ia menyedari kelemahannya lalu berusaha merawatnya. Alangkah gembira dan berterima kasihnya ia pada temannya. 

Persoalannya adakah begitu sikap kita apabila menerima kritikan? Kata Imam Ghazali "Seorang mukmin akan mengambil pengajaran walaupun dari lisan/lidah musuh". jika ada seorang yang memusuhi kita datang dengan sepuluh cacian maka seorang mukmin akan mendengarkannya baik-baik. Mungkin satu dari padanya itu betul dan sekiranya betul maka ia masih mempunyai masa untuk bertaubat dan menanggalkan dari hati kita sebelum ia dipanggil pulang mengadap Allah SWT.

Siapalah kita untuk merasakan diri kita sempurna tanpa cela? Siapalah kita untuk merasakan diri kita bersih tanpa kesalahan dan kecuaian? Bukankah Allah SWT pernah berfirman dalam satu hadith Qudsi: 

"Wahai hambaKu sesungguhnya kamu ialah orang yang melakukan kesalahan malam dan siang dan Akulah yang mengampunkan semua dosa, maka minta ampunlah kepada Ku maka akan Ku ampunkan dosa kamu."


Oleh itu, marilah kita melazimi taubat kita kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada insan yang berani dan sanggup menegur kelemahan yang ada pada diri kita. Saya pernah menangis di depan seorang sahabat yang saya rasakan sebagai abang saya sendiri. Setiap kali bertemu, dia akan memuji kebaikan yang ada pada diri kita hinggalah satu hari tanpa saya sedari saya menangis dan bertanya "Adakah ini (pujian) yang paling dihajati oleh seorang teman, bukankah Saidina Umar RA menyifatkan teman yang suka memuji ini adalah teman yang menikam dari belakang. Tikaman ini tidak mematikan jasad tetapi mematikan jiwa serta merosakkan amal."

Saidina Umar sendiri merupakan seorang yang garang dan tegas. Ketika dia menjadi khalifah ia selalu menguji sahabat-sahabat lain. Saidina Umar RA sering mengemukan pandangan lalu meminta persetujuan sahabat-sahabat yang lain. Tentunya sahabat-sahabat lain cepat bersetuju tanpa bangkangan. lau kata Saidina Umar RA "Kenapa begitu, bagaimana kalau pandangan aku ini salah, siapakah yang akan menolongku di Akhirat nanti.

Carilah teman yang 'sampai hati' menyatakan keburukan kita bukan menjaga hati kita dengan menyembunyikan segala keburukan kita. Berlatihlah untuk berterima kasih kepada orang yang menegur atau mengkritik kita walaupun teguran itu kasar dan tidak berhikmah bahkan jika kritikan itu datang dari orang yang terlalu muda berbanding kita sekalipun.
(penulis : ABU HANIFAH)

Menanti Keajaiban

Hidup ini kadang-kadang umpama medan peperangan. Musuh boleh muncul bila-bila masa sahaja. Sekejap tadi kita baru saja menarik nafas lega tetapi belum sempat nafas itu dilepaskan semula suasana gawat muncul tiba-tiba. 

Begitu juga dengan kehidupan kita, ketika ketenangan datang menyapa mesra tiba-tiba sahaja fitnah dan ujian menerpa. Ketika kita dengan susah payah meneguk erti kebahagiaan kini keresahan dan kegelisahan mengintai dengan penuh rasa cemburu dan iri hati. Baru sekejap tadi kita melihat lautan kehidupan begitu luas bersama cahaya mentari yang menerangi horizon diri tetapi kini awan hitam mula menutupi pandangan bersama dentuman kekecewaan. Keresahan mula mengisi ruang hati apabila ketenangan mula mengundur diri.

Kitapun sedar bahawa dunia ini pentas ujian. Kita cuba pasrahkan diri namun kepasrahan itu sendiri tidak semudah ungkapan madah pujangga. 


Disaat ini kita benar-benar menanti keajaiban. Kita panjatkan munajat keinsafan disetiap ruang dan kesempatan. Zikir tidak lekang dari mulut sedang hati kita penuh dengan pengharapan. Ya, pengHARAPAN itulah yang masih kita miliki ketika kita di puncak penderitaan dan kekecewaan. Harapan itulah yang akan menemani sesiapa sahaja yang terumbang ambing di lautan hidup. Dan HARAPAN itu tak pernah mungkir untuk setia bersama kita ketika apa saja dan sebesar mana musibah yang datang menimpa. Mungkin kerana itulah fitrah insan, bahkan atheis (mulhid) yang tak percayakan tuhanpun apabila terumbang ambing dipukul gelombang tanpa disedari akan mula menggenggam harapan agar dirinya terselamat.

Cuma mungkin kerana kita tersalah sandarkan harapan kita pada bukan tempatnya maka harapan kita berakhir dengan kekecewaan dan keputus asaan. Ataupun kita sandarkan pada tempat yang betul namun bukan dengan sepenuh keyakinan maka hasilnya masih keraguan dan keputus asaan. Tetapi jika HARAPAN itu kita sandarkan kepada DIA yang menjadikan alam dan makhluk sekeliannya, DIA yang mentadbir alam dan isinya dan DIA yang Maha tinggi kasih sayang dan keadilannya maka tentunya kita akan menemui suatu keajaiban yang pernah ditemui oleh umat terdahulu yang berdepan dengan musibah dan ujian yang berkali ganda lebih hebatnya dari apa yang sedang kita hadapi. (PENULIS : ABU HANIFAH)


Jumaat, 15 Oktober 2010


click to create your own

KELEBIHAN BERUSAHA MENCARI SARA HIDUP

KELEBIHAN BERUSAHA UNTUK MENCARI SARA HIDUP


Perintah Allah S.W.T. supaya berusaha mencari sara hidup:

Allah berfirman: "Dan kami telah jadikan siang untuk penghidupan." (An-Nabaa-11), "Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurniaan Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya beruntung." (Al-Jumaah 10)

Kelebihan pendapatan yang diperolehi dari daya usaha sendiri

Rasulullah bersabda: "Setiap orang yang memperolehi pendapatan yang halal digunakan untuk makanan dirinya sendiri, membeli pakaian dan memberinya kepada sesiapa dari kalangan makhluk Allah akan ditulis sebagai satu amalan kebajikan." (Abu Sa’ed Ai-Khudry)

Kelebihan-kelebihan berusaha dengan tangan sendiri adalah seperti berikut:

1. Dosa di ampunkan

Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya di antara dosa-dosa yang ada yang tidak boleh dihapus (ditebus) dengan pahala solat, sedekah atau haji namun dapat ditebus dengan kesusahpayahan dalam mencari nafkah." (At-Tabrani)

"Sesiapa sahaja keletihan pada waktu hari akibat bekerja terlalu kuat, semua dosanya akan diampunkan pada petang itu." (Ahmad)

2. Keredhaan Allah

Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah suka kepada hamba yang bekerja dan berusaha. Barangsiapa bersusah payah mencari nafkah untuk keluarganya maka dia serupa dengan seorang mujahid di jalan Allah Azza wa Jalla." (Ahmad)

"Sesungguhnya Allah Ta’ala suka melihat hamba-Nya bersusah payah dalam mencari rezeki yang halal." (Ad-Dailami).

Isnin, 13 September 2010

KISAH BERPISAHNYA ROH DARI JASAD

Dalam hadith daripada Aisya r.a katanya aku sedang duduk bersila dalam rumah . Tiba-tiba Rasulullah datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku.Aku segera bangun dan menghormati memuliakannya sebagaimana kebiasaaku diwaktu baginda  masuk kedalam rumah.
nabi S.W.A bersabda :
"Duduklah di tempat dudukmu wahai ummul mukminin". Maka Rasulullah duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku,lalu baginda baring dan tertidur.

Maka aku hilangkan uban pada janggutnya dan aku dapati ada 19 helai rambut yang telah putih.Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan nabinya," maka sehingga jatuh air mata ku mengalir di pipi baginda . Baginda terbangun seraya bertanya "apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai ummul mukminin?" Semasa aku menceritakan kisah tadi kepada baginda lalu baginda bertanya kepadaku
 " keadaan bagaimankah yang lebih hebat bagi mayat?"
" kataku tujukkanlah wahai Rasulullah!"

Rasulullah berkata "Engkaulah katakan !" jawab aisyah " tidak ada keadaan yang lebih bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumah dimana anak-anaknya sama -sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata "Aduhai ayah aduhai ibu! ayah pula mengatakan "aduhai anak!"

Rasulullah bertanya lagi "itu juga termasuk hebat. Maka manakah yang lebih hebat dari itu ?"Jawab Aisyah tidak ada yang lebih hebat bagi mayat ketika diletakkan di liang lahad dan ditimbusi dengan tanah diatasnya." rasulullah bertanya lagi adakah yang lebih hebat daripada itu ?"
Jawab Aisyah "Allah dan RasulNya lebih tahu"

Maka Rasulullah bersabda "wahai Aisyah,Sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat adalah ketika orang-orang yang memandikan masuk kedalam rumahnya untuk memandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remajanya dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya.Bagi para pemimpin dan fuqaha sama melepaskan serban dari kepalanya untuk di mandikan.

Diala rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata Roh " Wahai orang yang memandikan aku minta kepadamu kerana Allah janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh." dan jika mereka memandikan maka berkatalah roh "demi Allah wahai orang yang memandikan janganlah engkau gosok tubuhku kuat-kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh.

Apabila telah selesai di mandikan dan di letakkan diatas kain kafan serta tempat kedua telapaknya telah diikat maka mayat memanggil "Wahai orang-orang yang memandikan ku janganlah engkau mengafani kepalaku dengan kuat-kuat sehingga aku tidak dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluarga ku sebab ini adalah penglihatan terakhirku kepada mereka .Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidak akan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat'.

Apabila mayat di keluarkan dari rumah maka mayat akan menyeru" Demi Allah wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda,anak-anakku menjadi yatim.Jangan menyakiti mereka sesungguhnya pada hari ini aku di keluarkan rumah ini dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak akan kembali untuk selama-lamanya.

Apabila Mayat diletakkan dalam keranda, Maka berkatalah lagi mayat "Demi Allah wahai jemaahku janganlah engkau mempercepatkanku sehinggaku mendengar suara ahli-ahliku,anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini adalah hari perpisahan  aku dengan mereka sehingga hari kiamat."
  







ADAB DI JALANAN

ADAB DI JALANAN

"tundukanlah pandangan ,cegahlah dari sesuatu yang menyakitkan , balaslah ucapan salam,perintahkanlah agar melakukan perkara yang makruf dan mencegah dari yang mungkar"

Sabda Rasulullah S.W.A kepada sahabat yang bertanyakan tentang hak-hak di jalanan
(tempat lalu lintas orang ramai)
yang bermaksud :

"sebaik-baik hari adalah hari jumaat ,sebaik-baik bulan adalah bulan ramadhan,dan sebaik-baik amalan adalah solat diwaktu awal waktu"
Jawab Ibnu Abas r.a tatkala di tanyakan apakah yag sebaik-baik hari,sebaik baik bulan  dan sebaik-baik amalan

"Sesungguhnya aku amat mengharapkan agar dia di puji oleh sekalian penduduk di bumi ini"
Jawab abdul Mutalib ketika di tanya kenapa dia menamakan cucu kesayangannya Muhammad wal hal nama itu belum pernah di pakai oleh sesiapa pada
ketika itu"
Sekitar 70,000 orang menghadiri pengajiannya. lebih dari 5000 orang yahudi dan nasrani memeluk agama islam di tangannya. Lebih dari 10,000 penjahat bertaubat di tangannya . dia membuka pintu taubat selebar-lebarnya sehingga masuk kepadanya orang-orang yang tidak terjumlah banyaknya.Mereka menjadi baik keadaannya . Ia membimbing kemajuan diri mereka. setelah Baiat dan taubat, orang-orang tersebut berasa bertanggungjawab terhadap iman yang di perbaharui. Beliau memberi izin kepada murid-muridnyaynag di pendang mampu dan istiqamah untuk mendidik.Maka tersebar luas lah para murudnya itu menyeru umat manusia kepada agama Allah S.W.T mendidik jiwa ,memerangi kesyirikan,bidaah,adat jahiliyah dan kemunafikan. Lalu tersebar lah dakwah agama islam"

Tulisan As-Syeikh Abul Hassan An-Nadawi mengenai peribadi dan perjuangan As-syeikh Abdul Kadir Al Jailani didalam bukunya "rijalul fikri Wad;Da'wah fil islam."

Aku pernah bersama Rasulullah S.a.w dalam 7 kali perperangan . Aku berada di belakang garisan mereka. Aku membuatkan makanan untuk mereka ,mengubati orang-orang yang sakit,"
Kata-kata Ummu Athyayah Al-Ansari r.ha

Sabtu, 11 September 2010

CEMERLANG JIWA INSAN

HAK-HAK ALLAH DAN RASUL S.W.A

SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MENCIPTAKAN KAMU,LALU MENYEMPURNAKAN  NIKMAT-NYA KEPADA KAMU ZAHIR DAN BATIN.


BUKANKAH KAMU TELAH MENGETAHUI ASAL KEJADIAN KAMU DARIPADA SETITIS AIR MANI DAN BERTEMPAT DALAM RAHIM IBUMU?DISITULAH AWAL KEJADIAN KAMU DAN BERADA DIDALAM NIKMAT ALLAH .SETELAH ITU BARULAH KAMU DILAHIRKAN KEDUNIA SEBAGAI MANUSIA YANG SEMPURNA AKAL KEJADIANNYA.



SESUDAH LAHIR KEDUNIA,ALLAH MENGANUGERAHI KAMU LIDAH SUPAYA KAMU BOLEH BERBICARA,MATA SUPAYA KAMU BOLEH MELIHAT,TELINGA SUPAYA KAMU BOLEH MENDENGAR,SERTA AKAL SUPAYA KAMU BOLEH MEMBEZAKAN PERKARA YANG BOLEH MEMUDARATKAN ATAU PERKARA YANG MENDATANGKAN FAEDAH ATAU MANFAAT.

ALLAH BERFIRMAN YANG BERMAKSUD :
"ALLAH MENGELUARKAN KAMU DARI PERUT IBU KAMU TANPA MENGETAHUI APA-APA.DAN ALLAH MEMBERI KAMU PENDENGARAN PENGLIHATAN,DAN HATI SUPAYA KAMU BERSYUKUR"
AL-NAHK :AYAT 78.


SEHARUSNYA SAMA-SAMALAH KITA SEDAR YANG MEMBERI NIKMAT NIKMAT INI BERKUASA MENCABUTNYA KEMBALI DARIPADA KITA? ALLAH BERIKAN SEMUA NIKMAT INI SEMATA MATA KURNIA DAN KEBAIKAN-NYA TERHADAP KITA.TETAPI JIKA KITA MARAH KEPADA-NYA ,DIA JUGA AKAN MEMARAHI KITA DENGAN MENCABUT NIKMAT-NIKMAT-NYA ITU.

JADI KITA MESTI YAKIN DAN PERCAYA BAHAWA APA YANG DIPILIH ALLAH UNTUK KITA ,ITULAH YANG TERBAIK BAGI KITA. BUKAN APA YANG KITA PILIH UNTUK DIRI KITA.TIDAK WAJAR SAMA SEKALI KIYA ENGGAN MEMATUHI -NYA ATAU MENYEMBAH-NYA DISEBABKAN SYAHWAT DAN HAL-HAL YANG MELALAIKAN BAH KAN TIDAK PERNAH PATU KEPADA SESEORANG DARIPADA MAKHLUK ,SAMA ASA IA TERHORMAT ATAU MANUSIA YANG HINA.

SALAH SATU BUKTI KEMURAHAN ALLAH S.W.T KEPADA HAMBA-HAMBA-NYA
IALAH DENGAN MENGUTUSKAN RASUL-RASUL-NYA KEPADA MEREKA.RASUL-RASUL INILAH YANG MENUNJUKI SEKALINA MANUSIA ,MEMBAWA UMAT KE JALAN PETUNJUK SEHINGGA DAPAT MEMPERBAIKI KEADAAN MEREKA DAN JUGA AGAMA SERTA DUNIA MEREKA.

ADAPUN PENGHABISAN RASUL IALAH MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN MUTALLIB,BEBANGSA ARAB DAN BERKETURUNAN SUKU AL HASYIM(SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT-NYA KEPADA BAGINDA).

JIKA KITA DI SURUH TAAT KEPADA ALLAH S.W.T YANG MENJADIKAN KITA,MAKA BEGITU JUGA KITA DISURUH SUPAYA TAAT KEPADA RASUL-NYA YANG AMAT MULIA YAKNI NABI MUHAMMAD S.W.A.

DI DALAM ALQURAN ALLAH BERFIRMAN YANG BERMAKSUD : 

"WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN,TAATLAH KAMU KEPADA ALLAH DAN TAATLAH KAMU KEPADA RASUL DAN " ULUL AMR" DARIPADA KAMU"
(AN-NISAA:AYAT 59)

SESIAPA YANG MENTAATI ALLAH DAN RASUL-NYA DIMASUKANNYA KEDALAM TAMAN-TAMAN YANG MENGALIR DIBAWAHNYA BEBERAPA SUNGAI ,DAN SESIAPA YANG BERPALING DISEKSANYA DENGAN AZAB YANG PEDIH"
(AL-FATH : AYAT 17)


FIRMAN ALLAH LAGI DALAM AL-QURAAN YANG BERMAKSUD :

"KATAKANLAH WAHAI MUHAMMAD JIKA KAMU MENCINTAI ALLAH MAKA KAMU IKUTI LAH AKU,NESCAYA DIA AKAN MENGAMPUNI KAMU SERTA MENGAMPUNI DOSA-DOSA KAMU ALLAH MAHA PENGAMMPUN LAGI MAHA PENGASIH"
(ALI-IMRAN :AYAT 31)

TIDAK SEMPURNA IMAN SESEORANG SEBELUM CINTANYA KEPADA ALLAH DAN RASUL-NYA LEBIH DARIPADA YANG SELAIN KEDUANYA-DUANYA. RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG BERMAKSUD

"TIDAK SEMPURNA IMAN SALAH SEORANG DARIPADA KAMU SEBELUM AKU LEBIH DICINTAINYA DARIPADA AYAH (ORANG TUA) ANAKNYA SERTA MANUSIA SEKALIAN.

(HADIS RIWAYAT AHMAD,BUKHARI,NASAI SERTA IBNU MAJAH)