Seketika, saya terharu membaca beberapa helaian yang mencatat isi sebahagian wasiat dan nasihat Sultan Muhammad Al-Fateh kepada anaknya ketika beliau di ambang kematian. Terasa seolah-olah Al-Fateh sedang berbicara di hadapan saya.Cukup menyentuh, memberi kesan serta muhasabah buat mereka yang bergelar pimpinan.
Beliau Berkata:
-Jadilah seorang yang adil, soleh, dan penyayang.
-Pemudahkan (jangan menyusahkan) atas pemeliharaanmu (terhadap sesuatu urusan) tanpa ada diskriminasi.
-Beramallah untuk menyebarkan agama Islam, kerana itu adalah kewajipan pemimpin di atas muka bumi.
-Utamakan perkara-perkara agama di atas setiap sesuatu, dan jangan kamu hilangkan ketabahan ( untuk melaksanakannya ).
-Jangan kamu angkat individu yang tidak mengutamakan perkara agama, tidak meninggalkan dosa-dosa besar, dan tenggelam di dalam keburukan.
-Jauhkan (dirimu) daripada bidaah yang buruk dan mereka-mereka yang menggalakkannya.
- Luaskan jihad ke seluruh negara.
-Jagalah harta-harta baitul Mal daripada disalahgunakan.
-Berhati-hati daripada menghulurkan tanganmu terhadap harta orang lain (mengambil harta orang lain) daripada harta yang kamu jaga kecuali dengan hak Islam.
-Satukanlah bagi orang-orang yang berkehendak dan memerlukan itu kekuatan mereka dan muliakanlah mereka-mereka yang berhak (dimuliakan).
Moga-moga mampu memberi sedikit pencerahan kepada kita semua.
Dikutip dari karya Dr Ali- Al-Solabi,dalam bukunya Daulah Uthmaniyyah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan